Kini, saat yang dinanti-nantikan telah tiba!

Adakah anda berminat untuk menceburi bidang perniagaan? Bersediakah anda untuk dibimbing dengan ilmu perniagaan, latihan fizikal, kerohanian, muamalat dan simulasi yang akan membantu anda untuk mencapai kejayaan dalam bidang perniagaan?

Jika ya, kami menjemput belia Bumiputera daripada pelbagai latar belakang pendidikan, termasuk golongan orang kelainan upaya (OKU) untuk menyertai TUBE 6.0….. Belia Hari Ini, Usahawan Hari Esok!

TUBE 6.0 telah dibuka untuk permohonan secara dalam talian di tube.smecorp.gov.my bermula hari ini sehingga 22 April 2019