Education Malaysia Indonesia (EMI) mempelawa pelajar IPTA/IPTS menjalani internship di Jakarta!

Sukacita dimaklumkan Education Malaysia Indonesia (EMI) mempelawa para pelajar latihan industri/ internship dari IPTA dan IPTS Malaysia sesi September 2019 untuk menjalani latihan industri/ internship di EMI, Kedutaan Besar Malaysia, Jakarta bagi bidang-bidang pengajian berikut:

1. Marketing
2. International Business
3. Graphic Design
4. Information Technology
5. Corporate Communication

Sila kemukakan Surat Permohonan Latihan Industri dan Resume kepada EMI sebelum 30 April 2019 ke educationmalaysia.id@gmail.com

Pemohon akan ditemuduga melalui telefon/ skype interview dan keputusan permohonan akan dimaklumkan selewat-lewatnya 17 Mei 2019.

Nota:
1. Pendedahan antarabangsa dalam bidang pengajian berkaitan
2. Pendedahan secara nyata dalam gerak kerja promosi dan pemasaran pendidikan
3. Letter of Testimonial akan dikeluarkan selepas tamat latihan industri / internship
4. Tiada elaun akan diberikan
5. Penginapan disediakan secara berbayar di Malaysia Hall, Jakarta (RM150/sebulan)