Agency: Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang
Contact: lrgstbresearchusm@gmail.com
JAWATAN KOSONG PEMBANTU PENYELIDIK SISWAZAH DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, PULAU PINANG
Anda dipelawa untuk memohon jawatan Pembantu Penyelidik Siswazah (GRA) di Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang. Bayaran gaji / upah: RM 2100 – RM 2300 (ini adalah tertakluk kepada Garis Panduan Pelantikan Pembantu Penyelidik Siswazah USM).
Kelayakan pemohon:
a) Memiliki Ijazah Sarjana muda / Sarjana dalam bidang Sains Politik, Dasar Awam, Pentadbiran Awam, Sains Pentadbiran, Komunikasi dan Media (calon-calon dari bidang sains sosial juga digalakkan memohon)
(b) Memperoleh CGPA 3.00 dan ke atas untuk Ijazah Sarjana muda
(c) Berminat untuk menyambung pengajian di peringkat Sarjana / Doktor Falsafah (yuran pengajian adalah tanggungjawab pemohon sendiri. Geran Penyelidikan tidak akan menanggung kos / yuran pengajian pemohon).
(d) Fasih dalam Bahasa Malaysia dan English.
(e) Mempunyai pengalaman dalam kerja-kerja penyelidikan adalah satu kelebihan untuk pemohon yang berminat.
Durasi pelantikan: 2 tahun (untuk pengajian peringkat Ijazah Sarjana) atau 3 tahun (untuk pengajian peringkat Doktor Falsafah).
Sila majukan permohonan dan butiran lengkap anda ke lrgstbresearchusm@gmail.com sebelum 31 Januari 2019. Permohonan yang berjaya akan dihubungi kemudian.
Terima kasih.
Share dan Like: Pembantu Penyelidik Siswazah