CERAMAH "KALAU DAH JODOH" BUKA MINDA PELAJAR MEGENAI PERKAHWINAN

Ceramah ‘Kalau Dah Jodoh’ Buka Minda Pelajar Mengenai Perkahwinan

Oleh: Wafa Nadiah Sunyib

Mendirikan rumahtangga pasti menjadi antara perancangan pelajar-pelajar pada masa hadapan lebih-lebih lagi pelajar-pelajar semenster akhir yang bakal menamatkan pengajian diploma masing-masing tidak lama lagi.

Menyedari hakikat ini dan sempena program Wisdom Wednesday, pelajar-pelajar MC1105G bersama Jabatan Undang-Undang (JUU) UiTM Melaka membawakan satu sesi ceramah bertajuk `Kalau Dah Jodoh’ yang disampaikan oleh KPP ACIS, Dr.S Salehuddin Suyurno di Dewan Kuliah 1 (DK1) pada 25 September 2019.

Dalam ceramah yang dipenuhi dengan kehadiran lebih 300 pelajar semester akhir itu, Dr.S Salehuddin mengajak pelajar-pelajar untuk memahami konsep jodoh dan tanggungjawab hidup berkeluarga.

Menurutnya dalam soal keharmonian rumahtangga, setiap pasangan perlu menerima kelemahan dan kekurangan pasangan masing-masing dengan sabar dan redha.

Menurut beliau lagi, setiap pasangan yang bernikah perlu menjadikan rUmahtangga mereka sebagai platform untuk meraih kehidupan penuh sakinah, mawaddah dan rahmah.