JENAYAH SEKSUAL : ANDA MUNGKIN MANGSANYA
Oleh: Maria Maisarah Binti Yahaya
Isu gangguan seksual menjadi topik yang dikupas dan diperbahaskan dalam ceramah bertajuk Anda Mungkin Mangsanya oleh Pendakwa Syarike Kanan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEANS), Pg. Ismail Bin Pg. Musa di Dewan Kuliah 1 (DK1) pada 16 Oktober 2019.
Dalam ceramah berkenaan Pg. Ismail menjelaskan tentang jenis-jenis gangguan seksual yang tidak disedari dilakukan segelintir masyarakat tetapi hakikatnya boleh menyebabkan mereka didakwa dan dibicarakan di mahkamah.
Antara lain beliau juga menerangkan bahawa hukuman bagi sesebuah jenayah seksual adalah berlainan di Semenanjung dan Sabah
Ceramah ini dibawakan sempena program Wisdom Wednesday oleh pelajar-pelajar MC11105G bersama Jabatan Undang-Undang UiTM Melaka.