LIT WITH DAYAH BAKAR

LIT WITH DAYAH BAKAR

Peluang membina imej, kerjaya dan perniagaan melalui platform media sosial dikongsikan bersama oleh Dayah Bakar dalam program LIT With Dayah Bakar (LIT’19) sempena Week Without Wall  pada 6hb November lalu.

Pengacara, penyanyi,  usahawan dan selebriti media sosial itu menerima sambutan hangat daripada pelajar-pelajar FKPM yang bersorak keterujaan ketika beliau tampil memulakan bual bicaranya. 

Dalam bicaranya,  pengacara itu mengajak pelajar-pelajar untuk memanfaatkan segala peluang dan ruang yang terbuka di media sosial untuk membina imej, menjana perniagaan selain memulakan kerjaya. 

Beliau bagaimanapun mengharapkan agar pelajar-pelajar mengunakan media sosial dengan lebih berdisiplin dan berhemah agar mereka dapat mengawal dan membebaskn diri daripada sebarang pengaruh negatif yang berpunca daripada media berkenaan.

Seramai 300 pelajar dan pensyarah hadir dalam program yang dianjurkan oleh pelajar-pelajar MC1105E bagi memenuhi keperluan subjek COM363 Professional Project.

Scroll to Top