TEKNOLOGI DAN PSIKOLOGI

TEKNOLOGI DAN PSIKOLOGI: Melentur Adab Kekeluargaan Generasi Milenial

Fakulti Komunikasi & Pengajian Media (FKPM) dan Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) diberi kepercayaan untuk mengendalikan penganjuran majlis perasmian Week Without Walls Sesi September 2019 peringkat UiTM Cawangan Melaka bertempat di Dewan Taming Sari Kampus Alor Gajah pada 6 November 2019.

Memgambil sempena bulan keluarga kebangsaan, FKPM dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Melaka telah bersama-sama menjayakan acara ini.

YBhg Prof Dr Abd Halim Mohd Noor, Rektor UiTM Cawangan Melaka turut hadir merasmikan program disaksikan Encik Norazman Mohd Noor, Pengarah LPPKN Negeri Melaka beserta barisan Pegawai Kanan Bahagian Hal Ehwal Akademik. 

Satu forum Psikologi & Kaunseling diadakan bagi melengkapi acara. Bertajuk, Teknologi dan Psikologi : Melentur Adab Kekeluargaan Generasi Milenial yang menampilkan barisan panel seperti Imam Muda Asyraf dan Dr Zul Azlin Razali Pensyarah Kanan Perubatan Universiti Sains Islam Malaysia.

Majlis perasmian yang dihadiri 2000 pelajar CTU101 Asas-asas Prinsip Islam ini dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar semester 4 FKPM melalui subjek Event Management in Communication COM366.